SWOT ANALISIS
- Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan
strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesebuah organisasi.
- Ia mengambilkira mengenai faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman.
Antara
faktor-faktor berkaitan yang boleh dititikberatkan oleh Berjaya Mee Trading
adalah :
Kekuatan
- Mempunyai sijil halal yang telah dikeluarkan
oleh Jakim
- Menawarkan pelbagai jenis mee yang baru diproses
kepada pelanggan
- Menawarkan harga yang kompetitif berdasarkan kandungan bahan yang digunakan ; minyak kelapa sawit, tepung gandum, soda bikarbonat
- Mendapat permintaan yang berterusan; restoran,
hotel, supermarket, kedai runcit
- Ketersediaan produknya yang sudah dikenali ramai;
pelanggan mengetahui ketersediaan produk Berjaya mee dan membeli produk mereka tanpa ragu disebabkan oleh adanya logo
halal dipamerkan
- Mempunyai mesin yang canggih untuk pengadunan tepung, pemprosesan mee dan pembungkusan mee bagi menjimatkan masa dan memudahkan tenaga kerja
Kelemahan
- Tidak terdedah kepada promosi produk secara meluas seperti pengedaran risalah ke seluruh kawasan di Bintulu
- Tidak dapat mengedarkan produk ke luar Bandar Bintulu;
kos yang tinggi,persaingan pasaran
Peluang
- Peluang untuk mengkormersialkan produk dengan menginovasikan mee kuning kepada mee kering untuk diedarkan di seluruh wilayah di Sarawak
- Memperkenalkan produk secara online supaya lebih dikenali ramai
Ancaman
- Wujudnya ramai pesaing baru yang mengedarkan mee kuning di setiap kawasan di Bintulu
- Kuasa dan kekuatan pesaing yang sedia ada contohnya pengeluar mee kuning yang berbangsa melayu
what is peluang perniagaan untuk dikemersilkan?
BalasPadamBe specific when involve SWOT.